Teguh Pada Pendirian

on Sunday 8 May 2011
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sekadar gambar hiasan :Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat 
 menunaikan tanggungjawabnya (mendirikan tiang agama)

"Daripada Abi Amru r.a. katanya : "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, katakanlah kepadaku tentang Islam satu perkataan yang tidak akan aku tanyakan selepas ini daripada engkau", Nabi bersabda : "Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau istiqamah", (Riwayat Muslim).

Iman adalah sendi utama bagi setiap muslim, kerana Iman merupakan "akar tunjang" dalam kehidupan kaum muslimin. Namun begitu, Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa Iman itu sendiri mengalami pasang surut, kadangkala bertambah dan kadangkala berkurang, (Al-Imanu Yaziidu Wa Yanqushu). Iman itu akan bertambah bila kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan akan berkurang bila kita menjauhkan diri daripada Allah s.w.t atau melakukan perbuatan maksiat (dosa).

Oleh itu, untuk mengukuhkan Iman itu supaya tidak mudah rosak, Rasulullah s.a.w menekankan perlunya bersikap istiqamah, iaitu teguh dan gagah dalam mempertahankan Iman dengan memperbanyakkan amal ibadat. Orang yang sentiasa istiqamah akan memperolehi rahmat Allah s.w.t berupa pertolongan dari malaikat.

Firman Allah s.w.t :

¨bÎ) šúïÏ%©!$# (#qä9$s% $oYš/u ª!$# §NèO (#qßJ»s)tFó$# ãA¨t\tGs? ÞOÎgøŠn=tæ èpx6Í´¯»n=yJø9$# žwr& (#qèù$sƒrB Ÿwur (#qçRtøtrB (#rãÏ±÷0r&ur Ïp¨Ypgø:$$Î/ ÓÉL©9$# óOçFZä. šcrßtãqè? ÇÌÉÈ
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan :"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan :"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu." (surah fusshilat : 30)

Muhammad Shalih Al-Munajjid dalam kitabnya yang berjudul "Wasaa'ill Thabat 'Ala Dinillah" memberikan 15 petunjuk bagaimana caranya bersikap Istiqamah dan memelihara Iman serta menjaganya dari sebarang ancaman yang dihadapi kaum muslimin menghadapi  pelbagai tentangan yang berat. 15 petunjuk tersebut adalah sebagaimana berikut :-

1. Kaum muslimin harus sentiasa mesra dan dekat dengan Al-Quran dengan cara membacanya, menghafal dan mentadabbur kandungannya. Ini kerana Al-Quran adalah rujukan pertama dan utama bagi kaum muslimin.
2. Kaum muslimin harus beriltizam dengan apa yang telah disyariatkan Allah dan sentiasa beramal soleh dalam setiap keadaan.
3. Mempelajari dan menghayati kisah-kisah pada Nabi, kerana dengan mempelajari dan menghayati kisah tersebut, kita akan dapat mengambil teladan yang sangat berharga dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.
4. Kaum muslimin harus selalu berdoa kepada Allah memohon keteguhan Iman, keampunan dan kebahagiaan. Doa adalah senjata utama bagi orang mukmin, kerana doa itu merupakan cerminan dari kesungguhan penghambaan kita kepada Allah s.w.t
5. Berusaha mengingati Allah s.w.t (zikir) dalam segala keadaan, samaada di pejabat, rumah, dalam perjalanan atau dimana-mana sahaja kita berada.
6. Berusaha untuk melalui jalan yang benar dan diredhai oleh Allah s.w.t, ertinya dalam setiap aktiviti dan perbuatan yang kita lakukan mestilah berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh Allah s.w.t dan RasulNya.
7. Menuntut Ilmu (tarbiyah) dalam segala bidang, sama ada agama, politik (siasah) dan sebagainya dengan penuh kesedaran untuk menjunjung tinggi panji-panji agama Allah s.w.t.
8. Meyakini setiap perbuatan baik yang dilakukan dengan penuh semangat dan optimis.
9. Sentiasa menyeru dakwah (berdakwah) orang ke jalan Allah s.w.t iaitu dengan penuh hikmah dan bijaksana.
10. Dekat dengan ulama' dan menjalin ukhuwwah serta kasih sayang dengan mereka.
11. Yakin dengan pertolongan Allah dan yakin pula bawah Islam sahajalah yang dapat menyelamatkan seluruh manusia (رحمة للعالمين).
12. Mengetahui hakikat kebatilan dan tidak terpedaya denganNya.
13. Berakhlak Islami : ertinya dalam setiap peribadi muslim harus bersemi sifat-sifat baik sebagaimana yang diajarkan oleh Allah s.w.t dan RasulNya seperti sabar, amanah, sidiq dan sebagainya.
14. Meminta wasiat dan nasihat daripada orang-orang soleh. Misalnya ketika menghadapi fitnah dan ujian daripada Allah s.w.t, maka kita harus meminta nasihat daripada orang-orang yang soleh. Dengan itu, Insya-Allah kita akan selamat dari fitnah yang boleh menyesatkan.
15. Merenungi kenikmatan syurga, seksa neraka dan sentiasa mengingati kematian, orang yang akan mendorong kita untuk beramal solah kerana ingin masuk syurga dan takut masuk neraka.

Disamping itu, dalam memelihara dan membajai Iman yang kita miliki, kita wajib untuk sentiasa berjuang (berjihad) dalam erti kata yang seluas-luasnya. Jihad intelektual dengan cara menuntut Ilmu, jihad dari pujukan hawa nafsu dengan menghentikan segala perbuatan maksiat dan jihad dalam mengamalkan amal soleh.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Orang yang beriman, dengan budi pekerti  yang baik akan mencapai martabat setaraf dengan orang yang tekun bersembahyang di malam hari dan berpuasa di siang hari." (Riwayat Abu Daud).

Wallahua'lam.






0 comments:

Post a Comment