Alhamdulillah

on Thursday 5 May 2011
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Syukur tidak terhingga di atas nikmat Iman&Islam yang masih diberikan ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta mereka yang sentiasa berada di jalan yang lurus iaitu Islam.

Sahabat2 sekalian,
Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan medium dakwah (blog baru ini). Untuk pengetahuan semua, blog lama saya http://aqidah-falsafah86.blogspot.com/mempunyai beberapa masalah teknikal yang saya sendiri juga tidak dapat atasinya. Akhirnya, atas beberapa pandangan&nasihat daripada sahabat2 saya, saya terpaksa membina blog baru ini. Semoga dengan pembinaan blog baru ini yang saya nukilkan ia bernama TINTA SEORANG DAIE' menjadi satu wasilah bagi saya dan kita semua untuk terus berkongsi ilmu di dalam menyebarkan risalah ISLAM kepada semua masyarakat. Insya-Allah di dalam blog ini, saya cuba nukilkan risalah Ilmiah, soaljawab, minda harakah islamiah dan lain-lain untuk kita semua terus tatapi walau dimana jua sekalipun kita berada.  

Buat akhirnya, saya memohon kepada semua pembaca termasuk diri al-faqir lagi hina ini, agar kita semua sentiasa memohon kepada Allah s.w.t supaya sentiasa diberikan rahmat&hidayahNya agar kita sentiasa berada di jalan yang lurus iaitu Islam. Terima kasih kepada semua yg turut membantu saya di dalam menyiapkan blog TINTA SEORANG DAIE' ini. Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas jasa antum.

Sesungguhnya Luqman Hakim menyebut : Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya.

Maaf dipohon andai mempunyai salah bicara. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah s.w.t & yang lemah itu daripada diri al-faqir. Waallahua'lam.. 




0 comments:

Post a Comment